Tuesday, July 15, 2008

Artikel 1

MISI KE PIALA DUNIA BERMULA.
Lebih Kuah Dari Sudu.

Malaysia kini menghuni ranking ke-166 FIFA berbanding India di tangga ke-153, UAE di tangga ke -106 dan juga perbezaan yang amat ketara dengan Uzbekistan yang menduduki tempat di tangga ke55. Oleh yang demikian, satu langkah kehadapan telah dijalankan iaitu melaksanakan satu misi yang bertujuan untuk melayakkan Malaysia ke Piala Dunia 2018 dan 2022 dengan mewujudkan kira-kira 63 buah pusat latihanbagi 1915 pelatih,yang bertujuan untuk meningkatkan kembali mutu permainan bola sepak negara kembali ke era zaman kegemilangannya.

Tetapi, setelah diteliti, tempoh untuk melaksanakan misi ini adalah tidak begitu realistik kerana tempoh bagi kita untuk membangunkan sesebuah pasukan yang mantap perlu mangambil masa yang agak lama, sedangkan kita hanya mempunyai tempoh masa selama 10-14 tahun sahaja lagi bermula dari sekarang. Janganlah kita lupa, bahawa pelatih-pelatih ini juga adalah terdiri daripada barisan pelajar sekolah yang juga harus menitikberatkan pelajaran akademik mereka. Pada pandangan saya, mereka hanya dapat memberikan sepenuh tumpuan dan fokus mereka kepada latihan hanya selama 1-2jam sahaja sehari.

Jumlah tentang wujudnya 63 buah pusat latihan seperti yang dilaporkan juga adalah tidak tepat kerana selepas mengira semula jumlah pusat latihan secara keseluruhannya, saya mendapati bahawa hanya terdapat 62 buah pusat latihan dan juga hanya terdapat 1860 orang pelatih sahaja yang terlibat, berbanding dengan jumlah yang dilaporkan iaitu seramai 1915 orang yang terlibat. Begitu juga dengan jumlah jurulatih seramai 122 orang seperti yang dilaporkan, tetapi hanya terdapat 20 orang sahaja yang layak mendaftar. Satu persoalan sahaja yang timbul diminda ini, dimanakah perginya baki 102 orang jurulatih ini? Siapakah mereka.? Adakah mereka cukup berkelayakan dan apakah status kejurulatihan mereka.?

Jika kita lihat dari segi aspek teknologi sukan pula, kita masih boleh dianggap baru dan masih agak ketinggalan. Contohnya di negara China, pencarian dan pencungkilan bakat atlet-atlet sukan mereka adalah melalui pemeriksaan jenis otot atau lebih dikenali sebagai 'muscle fibre'.
Sedangkan dinegara kita juga terdapat pakar-pakar yang dapat menjalankan penyelidikan seperti yang berkenaan kerana telah terbukti bahawa menerusi penyelidikan yang telah dijalankan, pemain-pemain tersebut didapati dapat bertahan lebih lama didalam arena sukan yang diceburi kerana mempunyai jenis otot yang yang sesuai.

Mengendalikan pelatih yang berusia 12 tahun adalah umur yang terbaik, bagi pendapat saya pendedahan yang diberikan adalah agak lewat jika dibandingkan dengan negara luar. Contoh yang terdekat ialah negara jiran kita, Singapura. Kanak-kanak yang baru berusia 2 tahun 1/2 telah diberi pendedahan awal seperti 'see,feel the ball' dan dengan cara ini dapat menanamkan minat mereka yang jitu terhadap sukan bola sepak ini. Mereka juga mempunyai potensi untuk menyepak bola walaupun masih berada pada usia yang muda. Dengan adanya pededahan awal yang sebegini dapat memberikan anak-anak muda ini peluang untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka,perkembagan minda dari segi dan cara mereka berfikir dalam memahami corak permainan bola sepak ini dan dengan itu dapat merealisasikan impian Malaysia untuk misi ke Piala Dunia tercapai.

Menurut laporan akhbar juga, dapat dilihat bahawa bahagian pengurusan sukan di Malaysia lebih memberi tumpuan dan keutamaan kepada skuad dan etlit-etlit elie sahaja walaupun tahap pencapaian kurang memberangsangkan. Mereka juga akan lebih menitikberatkan lagi kajian yang lebih mendorong kepada aspek fizikal seperti bertubuh besar dan tinggi. Tidak salah, cuma saya tidak setuju dengan pendapat yang diberikan. Ini adalah kerana keupayaan, kemahiran dan juga potensi seseorang itu tidak dapat dinilai melalui aspek luaran sahaja. Bak kata pepatah inggeris, 'dont judge the bok by its cover', manalah tau kecil-kecil cilipadi. Speaciality seseorang itu dinafikan jika hanya meraka yang berbadan besar sahaja diambil.

Cuba kita beralih pandangan ke arah negara Asia yang lain, seperti negara Jepun dan Korea. Saiz dari segi fizikal mereka tidaklah sebesar mana,masih sama seperti dikalangan orang Malaysia
yang lain, tetapi apa yang berlainannya adalah mereka mempunyai kekuatan fizikal dan mental ditambah lagi dengan semangat juang mereka yang tinggi. 'Total Fitness' dengan persediaan secara menyeluruh mental dan juga fizikal. Jadi, dengan mengikuti program dan ditambah pula dengan bantuan teknologi yang kian membangun, dapat membuktikan bahawa saiz tidak menentukan kejayaan seseorang itu dalam sukan yang diceburi.

Akhir sekali, FAM dan ISN haruslah memainkan peranan mereka dan lebih saling bekerjasama dalam usaha untuk meningkatkan lagi prestasi dan mutu permainan skuad pemain bolasepak negara dalam pembangunan sukan di Malaysia ini, dalam usaha untuk mencapai target Malaysia mencapai misi negara ke Piala Dunia 2018 dan 2022. Janganlah hanya bersikap sekadar melepaskan batuk di tangga dan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Sebaliknya, perlulah bersikap alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.


>>> Berita Harian
Khamis, * 8 Mac 2007



1 comment:

aiShaH said...

Cuba tengok bagaimana China melatih atlit2nya.. banyak benda yang boleh dipelajari dari negara ini. Masa 10-15 tahun rasanya sudah cukup untuk melahirkan juara dunia.. namun displin yang tinggi diperlukan ketika latihan dibuat.. jangan hangat-hangat tahi ayam..