Sunday, July 20, 2008

Artikel 5

Sukan, Politik Tidak Boleh Dipisahkan.


Sejak merdeka bahkan sebelum merdeka, aktiviti bersukan telah pun sebati dengan masyarakat kita. Kini sukan terus-menerus digemari oleh rakyat yang melihat dengan bersukan itu dapat menyihatkan badan dan menjadi sebagai salah satu bentuk rekreasi dan aktiviti riadah. Kerajaan sentiasa mengambil berat akan sukan dalam kehidupan masyarakat sehingga hari ini. Ia dilihat sebagai satu mekanisme untuk menyepadukan rakyat di negara ini. Hakikat ini perlu diterima oleh semua orang tanpa mengira kaum.


Perkembangan terbaru senario politik negara dengan pembentukan dan pertukaran pucuk pimpinan kerajaan di beberapa buah negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 telah mengundang sedikit kesugaran di kalangan rakyat, peminat sukan dan para pentadbir sukan negara.


Dikhuatiri, dengan pertukaran pucuk pimpinan ia sedikit sebanyak boleh membantutkan perjalanan sukan di peringkat negeri dan negara. Sudah tentu pemimpin sukan daripada kerajaan baru mempunyai cara ia tersendiri dalam mengendalikan aktiviti dan program sukan dan kemungkinan ia akan mengambil sedikit masa membuat penyesuaian dalam hal-hal pengurusan. Sebagai orang ‘baru’ dalam mengendalikan program sukan, individu-individu berkenaan perlu bekerja lebih keras lagi, misalnya dalam mewujudkan jaringan dengan pihak-pihak yang dapat membantu mengembangkan sukan negara.


Bagaimana baru sekalipun, sukan tidak harus dipolitikkan kerana yang rugi nanti ialah para atlet dan rakyat jelata. Janganlah diperjudikan sukan kerana politik sempit sesetengah pihak. Semua pihak perlu melihat secara positif dan harus bekerjasama demi kepentingan sukan dan kemakmuran negara. Kita akan terus melihat dan menilai perkembangan sukan selepas ini. Ia tidak harus berada di takuk lama dan perlu ditingkatkan demi keperluan semasa dan untuk jangka panjang. Pemimpin baru sukan harus diberi masa dan ruang bagi membuktikan akan kebolehannya dalam mentadbir sukan negeri dan negara.


Dasar atau polisi yang kukuh yang sedia ada mungkin tidak perlu diubah. Apa yang perlu berubah mungkin dari segi penambahbaikan cara pelaksanaannya.


Yang penting ialah dari segi impak program sukan itu sendiri kepada pelanggannya yang terdiri daripada atlet dan rakyat jelata. Oleh itu, jangan sekali-kali hendaknya memperjudikan sukan atas dasar politik sempit. Sukan perlu diperkembangkan dan ditingkatkan statusnya hingga ke satu tahap yang boleh kita semua banggakan.


Maka, sukan dan politik tidak harus dipisahkan atau dikurangkan penekanannya kerana kepentingannya kepada masyarakat telah lama terbukti membawa kebaikan.

'Majulah Sukan Untuk Negara'


Utusan Malaysia,

Selasa *18 Mac 2008

4 comments:

aQu daN SesuAtu said...

butulll222222
sya sukung politik dan sukan tdk boleh di pishkan...

politik akan mempengaruhi sukan....
sukan juga akan mempengaruhi politik.....

so seperti besi berani...
positif dan negetif akan setiasa ada besebelah.....

so sukan dan politik sentiasa besama2.......

aiShaH said...

Mmg betul.. dan kalau boleh biarlah win-win situation utk kedua-dua pihak

red pineapple said...

bila da cmpur... 2 lg brat mslh sokan negara kita...

Elizabeth said...

yes..and because of that, macam2 masalah timbul..ntah bile semuanya akan jd lebih bersih kan? even ahli2 sukan kita ni..sering jadi mangsa..