Monday, July 21, 2008

Artikel 6

Ibrahim Abu Shah
Menyingkap Pengurusan Universiti

Universiti Teknlogi Mara (UiTM) merupakan universiti terbesar di Malaysia. Mengurus sebuah universiti sebesar UiTM bukanlah suatu tugas yang mudah. Apatah lagi peranan dan penubuhan Uitm itu sendiri dalam merentasi sempadan tradisi sesebuah universiti. Di dalamnya, Uitm mempunyai seribu watak misalnya, survival bangsa, pengimbang keharmonian negara, politik, budaya dan juga pelbagai isu yang sentiasa mendapat perhatian masyarakat.

Hakikatnya, UiTM telahpun melahirkan hampir 200 000 alumni dalam pelbagai bidang. Dengan mempunyai enrolmen sermai 100 000 orang pelajar dan hampir 9000 orang kakitangan di setiap negeri dimana mempunyai kampus yang hampir sebesar universiti lain di lain-lain negara.

Dari suatu sudut tang lain pula, kemuncak Uitm dalam melahirkan tenaga kerja profesional adalah dengan terlantiknya Dato' Seri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah, hasilan Uitm yang pertama dilantik sebagai Naib Canselor universiti. Kesannya amat mendalam terutama kepada Uitm sendiri.

Dato' Seri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah telah dilihat sebagai pelengkap kejayaan terutamanya apabila dikaitkan dengan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan UiTm dalam aspek pembangunan negara. Pelantikan ini menjadi signifikan tatkala dunia melangkah ke alaf baru yang memerlukan pendekatan pengurusan universiti yang lebih dinamik dan berwajah baru.

Buku ini merekodkan perjuangan beliau dalam menyelinapkan dirinya ke dalam corak pengurusan sebuah universiti dalam memerhatikan setiap cabaran yang pelbagai dan perlu dihadapinya untuk menerajui sebuah universiti yang "istimewa". Semua ini dapat dihadapi dan dilalui dengan penuh tabah melalui pengalamannya sebagai seorang alumni yang sedang memegang teraju universiti. Perasaan betapa cintanya beliau terhadap universiti ini tidak dapat diungkapkan dan dilihat dengan mata kasar, tetapi cubalah kita renungi walaupun sejenak akan kata-kata puitis dan penuh bermakna ini :-

>>> 'Tertarik dengan kata-kata hikmatnya'
~ UiTM mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar. Ia jelas. Janganlah peduli jika orang lain ingin menjadi seperti si Luncai dan labunya. Biarkan.! Biarkan.! Biarkan.! Amanah masyarakat, tanggungjawab kita. (Ibrahim Abu Shah '2001', Teks Ucapan Amanat Datuk VC UiTM)

Jadi, apakah peranan dan juga tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar.? Mahasiswa dan mahasiswi.? Dapatkah kita menjalankan tanggungjawab, amanah dan kepercayaan yang telah diberikan sebagai satu generasi baru yang bakal menerajui kepimpinan dalam hal-ehwal negara.? Fikirlah sendiri.......


>> Ibrahim Shah ~ Menyingkap Pengurusan Universiti.
Muhd Kamil Ibrahim & Nasrudin Mohammed.



1 comment:

aiShaH said...

Harap u akan mencontohi dan menjadi seperti Dato' VC kita