Sunday, July 20, 2008

Artikel 4


Penduduk Bantah Pesta Liar.
'Kepincangan Dalam Mengenali Identiti Diri.!!'

Malaysia, seperti yang kita ketahui secara umumnya adalah sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum, berlainan adat dan budaya dan gaya hidup yang tersendiri. Siapakah yang akan mewarisinya jika bukan terdiri dari remaja kini yang bakal menjadi pemimpin dan menerajui negara di masa hadapan. Tetapi sejak kebelakangan ini, terlalu banyak isu-isu yang membabitkan dengan masalah sosial yang membabitkan remaja. Terdapat pelbagai andaian, hujah dan buah fikiran bagi menjalankan program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial yang diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan.
Pada pendapat saya, lirik lagu dibawah adalah amat menarik. Hayatilah pengertian dan pengajaran yang diberikan kerana ia membawa seribu makna dan sejuta keinsafan. Semoga ia dapat memuhasabahkan diri yang mungkin tersesat dibawa arus dunia yang fana.. (^^,)


Budak Zaman Sekarang.
Mari dengar cerita budak-budak zaman sekarang,
Ada pakai jubah, ada yang separuh telanjang,
Ada macam-macam kulit putih tukar hitam,
Ikut suka hati apa peduli halal haram,
Masa kecil-kecil cita-cita jadi doktor,
Bila besar jadi lupa, jadi player jadi gengster,
Apa kejadahnya? Ayah kelu tak berkata,
Mak garu kepala, masa depan huru-hara,
Org bercinta dia pun gatal nak ikut,
Bila maruah dah tergadai baru dada rasa semput,
Ini kisah anak dara belum yg pemuda,
Macam-macam ada, sampai tidak tahu macam mana nak mula,
Sekolah belum habis dah lagak macam dewasa,
Islam hanya pada nama sume dia nak cuba,
Boleh main cuba-cuba, boleh main raba-raba,
Main sama-sama bila kena sama rasa,
Tepuk dada tanya selera,tanya iman tanya diri,
Tanya kaki siapa bagi sampai kita boleh diri,
Aku cuma cerita apa yang aku nampak,
Terpulanglah kat korang nak terima ataupun tidak.

Budak zaman sekarang perangai pelik,
Orang kata buruk dia pandang suma cantik
Tidak serik, mana pergi rasa segan,
Kalau tidak pada orang, kurang-kurang pun pada tuhan,
Kuat manusia bergantung pada ilmu,
Setakat tunjuk otai tiada orang respect kat lu,
Memang begitu,dunia untuk orang bijak,
Pandai-pandai hidup kalau tak nak kena pijak.

Cuba-cuba usha tengok-tengok sekeliling,
Bukan tengok dinding tapi minah senget mata juling,
Dia bukan buta, cuma buat-buat tak nampak,
Dia rasa seronok jadi budak rosak akhlak,
Harga diri murah jual badan kat lelaki,
Macam balak dia confirm ambil dia buat bini,
Sedarlah diri, sedarlah dari mimpi-mimpi,
Apa hari-hari engkau memang gelap tiada pagi?
Konon pakai seksi sebab lelaki suka tengok,
Kalau lawa takpa cuma lawa sikit dari momok,
Pusingkan pandangan tengok pulak benda baru,
Budak jadi player walau belum tumbuh bulu,
apa benda tu? khatan pun belum kering lagi,
dah pandai pula cerita main sana main sini,
tukar perempuan hari-hari, bukan ke kamu itu muslim?
Nabi tak ajar kita tukar pompuan macam musim,
Macam main game, boleh buat sesuka hati,
Cuba fikir balik kemana kita lepas mati,
Tak payah kerek-kerek kita semua bukan hebat,
Ingat atas sana ada kuasa lagi kuat,

Jom tengok-tengok budak-budak dekat sini,
Perangai pelik diorang tambah sikit dgn peragai gedik,
Dengan jersey besar, rantai pulak nak cecah lantai,
Topi kasi senget pastu carut tunjuk otai,
Pakai seluar besar padang, badan macam lidi,
Tepi angkat sikit bagi tayang bulu kaki,
Tayang itu ini tunjuk semua perangai buruk,
Memang teruk bila orang mula lagak beruk,
Buat apa sibuk-sibuk dengan trend masa kini,
Sanggup pakai mahal walau gadai itu ini,
Berhabis duit cuma sebab nak perhatian,
Semua atas sebab nak diri diperhatikan,
Inilah hakikat, kita pentingkan luaran,
Anugerah tuhan lebih dari sekadar ucapan,

p/s >> Renung-renungkan & selamat beramal..(^*,)
Lirik Lagu -UiTM Dalnet.

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa dan semua lapisan masyarakat mestilah bekerjasama dalam memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa dan semua, nescaya gejala ini sukar diatasi.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0512&pub=utusan_malaysia&sec=selatan&pg=ws_01.htm&arc=hive

1 comment:

aiShaH said...

Semua memainkan peranan tapi yang penting nak berubah haruslah datang dari diri sendiri.. sendiri kena tahu fikir yg mana baik atau buruk.. jangan terikuit-ikut dgn budaya barat